Diploma Teknologi Plastik #
K07
Pengenalan Kursus
Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi pendedahan mengenai kaedah untuk menghasilkan produk dalam bidang polimer dimana material yang digunakan adalah berasaskan plastik. Proses pembelajaran bermula dengan pengenalan kepada Sains Bahan plastik, pengenalan asas bagi mesin Plastik Injection Molding dan juga proses yang terlibat dalam Plastik Injection Molding. Bagi mengukuhkan kefahaman pelajar kepada penghasilan model atau prototype yang akan dihasilkan, maka pelajar turut diberi pendedahan mengenai teknik menghasilkan lukisan kejuruteraan secara manual dan dengan menggunakan perisian CAD.
Seterusnya, daripada produk yang telah dihasilkan melalui kaedah plastic injection molding, pelajar akan diajar teknik untuk mengendalikan acuan (mould), mengenalpasti kecacatan produk, melakukan proses fabrikasi, menjalankan ujian terhadap produk serta mengendalikan pembungkusan produk mengikut standard yang telah ditetapkan.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Dan
OPERASI PENGELUARAN PLASTIK [MC-100-3:2012] Atau
Penyeliaan Operasi Suntikan Acuan Plastik [MC-101-3:2015] Atau
Penyeliaan Operasi Tiupan Acuan Plastik & Penyelenggaraan [MC-102-3:2015] Atau
Juruteknik Kanan Pengeluaran Pengacuan Suntikan Plastik (Termoplastik) [PG-030-3]
Penolong Jurutera dalam bidang pengeluaran / pembuatan
Penyelia Operasi Mesin dalam bidang pemesinan / pengeluaran
Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pengajar di ILKA/ILKS
Juruteknik Pemesinan dan Penyelenggaraan Mesin di industry
Juruteknik Kawalan Kualiti dalam industri Polimer
Pembuat Acuan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)