Kursus TVET
Diploma Teknologi Kimpalan Dan Ujian Tanpa Musnah (DKM Tahap 4) #

K22

Pengenalan Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimpalan. Dalam kursus ini pelajar akan diberi pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] Atau

Proses Kimpalan Gas Logam [MC-025-3:2012] Atau

Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten [MC-026-3:2012] Atau

Proses Kimpalan Arka Berteras Logam [MC-027-3:2012] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai(Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) [H-024-3] Atau

Juruteknik Kimpalan Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) [H-025-3]


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran / Penglihatan / Buta Warna/ Pertuturan / Fizikal / Pembelajaran / Mental / Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
20 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam / Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) JERANTUT
Alamat
KM 9, JALAN JERANTUT - TEMERLOH, 27000 JERANTUT, PAHANG.
Negeri
PAHANG
Penyelaras
SAZIMAH BINTI SAID
Telefon
092663391
Emel
p.adtecjerantut@mohr.gov.my
Laman Web
http://www.adtecjerantut.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)