Sijil Teknologi Plastik
E01
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penumpuan mengenai penghasilan produk plastik melalui proses pengacuan suntikan (injection moulding). Selain itu, memberi tumpuan mengenai sifat dan ciri-ciri plastik (polimer) bagi proses pengacuan, penyemperitan, pemampatan pembentuk vacuum dan beberapa proses sokongan dalam menghasilkan produk berasaskan bahan plastik.
Para pelatih juga akan mempelajari cara penyediaan bahan, alatan, acuan serta mengenali jenis-jenis mesin pengacuan suntikan bagi penghasilan produk. Selepas itu, pelatih akan mempelajari proses penyeliaan pengeluaran seperti mengenalpasti, membaikpulih, mencegah masalah produk, membuat pemeriksaan kualiti dan sifat fizikal produk
Para pelatih juga akan didedahkan dengan mengenai bahagian pengurusan untuk merancang dan mengawal perjalanan operasi syarikat beserta penyelenggaraan dan kaedah yang betul dalam mengendalikan mesin.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
Syarat Umum:
1. Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
Dan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
---|---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
1249 | SEJARAH | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
Atau
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai :
– Penolong pengurus pengeluaran plastik
– Juruteknik penyelenggaraan mesin plastik dan yang berkaitan
– Penyelia kilang
– Pelukis pelan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan