Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
SMPU03
Pengenalan Kursus
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara) ditawarkan untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai pengetahuan dan mahir dalam kerja pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, sama ada sistem untuk domestik atau komersil berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Selain dari itu, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang menggunakan sama ada sistem penyejuk udara atau sistem penyejuk air. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari sistem penyamanan udara kenderaan, membuat penyambungan sistem paip penyejukan, penyelenggaraan komponen elektrik dan elektronik serta mekanikal untuk sistem penyaman udara. Program ini mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
Syarat Umum:
1. Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
Dan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred | Aktif |
---|---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
1249 | SEJARAH | Pilihan | Lain-lain | G | Aktif |
Atau
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
30020 IPOH, PERAK
Lain-lain Maklumat
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)