Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Teknologi Kimpalan Lanjutan Arka FCAW & SMAW memberi pengetahuan dan kemahiran mendalam dalam dua teknik kimpalan utama, iaitu Flux-Cored Arc Welding (FCAW) dan Shielded Metal Arc Welding (SMAW). Kedua-dua teknik ini adalah kaedah kimpalan yang sering digunakan dalam industri pembuatan, pembinaan, dan penyelenggaraan. Dengan kemahiran ini, peserta kursus akan mampu menjalankan kerja-kerja kimpalan yang lebih kompleks dan menuntut dengan hasil yang lebih berkualiti tinggi, terutamanya dalam aplikasi industri berat dan pembinaan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Tempoh Pengajian
3 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelajar yang tamat dengan jayanya mempunyai peluang yang cerah dalam teknologi industri ‘oil and gas’ seperti SAPURA ENERGY dan MALAYSIA HEAVY ENGINEERING (MMHE) serta industri berat seperti syarikat UWC SDN BHD dan BROMMA SDN BHD yang mana memerlukan tenaga kerja mahir di dalam kerja-kerja kimpalan. Kerjaya dalam bidang kimpalan ini memberi pulangan gaji yang tinggi berbanding bidang lain.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Padang Rengas
Alamat
NO 47 JLN PERINDUSTRIAL MIEL KAWASAN PERINDUSTRIAN MIEL 33010, KUALA KANGSAR PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
MOHD JAMIL BIN AB WAHAB
Telefon
05-7733611
Emel
gmpadangrengas@giatmara.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENSIJILAN
• Sijil Professional GIATMARA
TEMPOH LATIHAN
• 3 Bulan
PENGAMBILAN KEMASUKAN
• Empat (4) Sesi
- Januari, April
- Julai, Oktober
ELAUN RM200 SEBULAN*
*Tertakluk pada syarat dan peruntukan