Kursus TVET
Teknologi Elektronik

TEL0101

Pengenalan Kursus

Pelatih boleh menjadi pekerja mahir dalam 3 cabang besar bidang elektronik iaitu industri, komersial dan pengguna. Mereka boleh melakukan kerja-kerja memasang, mengawal, mengesan, membaiki serta menguji kesemua kerosakan peralatan elektronik dengan menggunakan peralatan mengikut era teknologi terkini. Peserta juga berpotensi menjadi usahawan .

Kursus ini menawarkan modul-modul pengkhususan asas di dalam keselamatan bengkel , penggunaan alat tangan, alatan tangan elektrik dan sistem inventori.Dalam bidang elektronik merangkumi teori dan amali komponen pasif dan aktif, integrated circuit,mengenal lukisan kejuruteraan,lukisan elektrik dan lukisan elektronik.

Modul termasuk melakar printed circuit board dan amali.Dalam teori elektronik perhubungan ianya merangkumi sistem pemancar dan penerima AM dan FM, modul seterusnya ialah senggaraan dan membaiki Radio,televisyen serta semua peralatan elektrik dan elektronik.

Modul selanjutnya adalah PLC (Programmable Logic Control) ianya meliputi pengenalan, membuat lakaran kawalan elektrik, ladder diagram dan seterusnya mengatucara PLC dan membuat prakrikal untuk memastikan pelatih dapat mengunakan PLC untuk menggerakkan sesuatu mesin.

Pelatih yang berjaya menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Juruteknik rendah dalam bidang elektronik industri.Lulusan kursus ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang teknologi elektrik dan elektronik sekiranya memenuhi kriteria akedemik yang ditetapkan oleh institusi berkenaan.

Pengambilan pelatih dibuat 1 kali setahun iaitu pada sesi Januari setiap tahun.

Program ini terbuka kepada semua yang berminat dengan syarat minima, iaitu berumur 16 tahun keatas dan sihat tubuh badan. Penganugerahan Sijil akan dikeluarkan oleh GIATMARA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

KANDUNGAN KURSUS

Mengetahui cara-cara keselamatan diri dan keselamatan bengkel/peralatan juga mengetahui cara-cara membaik pulih, penyelenggaraan, mengesan kerosakan serta pengubahsuaian komponen dan penjajaran ke atas peralatan elektrik domestik seperti Radio, TV dan lain-lain.
Lukisan kejuruteraan, lukisan elektrik dan elektronik.
Teori elektronik untuk litar selari dan siri bagi pasif dan aktif komponen.
Teknik Pematerian.
Membuat projek seperti unit bekalan kuasa dan Amplifier.
Asas Elektrik dan Pendawaian.
Peralatan Ujian dan Ukur seperti penggunaan Multimeter, Osiloskop, Pattern color generator, tacho meter dan lain-lain.
Digital.
Mengesan Kerosakan.
PLC (Programmable Logic Controller).
Literasi Komputer.
Pembaikan Peralatan Domestik.
Projek Inovasi.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Tempoh Pengajian
12 Bulan

Prospek Kerjaya
Pelatih yang mengikuti kursus ini dapat memasuki alam pekerjaan sebagai juruteknik elektronik atau perantis di dalam sektor perkilangan.

PELUANG KERJAYA
- Technician
- Repairer & Maintenance
- Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Bukit Katil
Alamat
LOT 2344, JALAN BAYAN 2
TAMAN BUKIT KATIL
75450 BUKIT KATIL
Negeri
MELAKA
Penyelaras
AZAM BIN ARSHAD
Telefon
06-2686632
Emel
gmbukitkatil@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Melengkapkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan teknikal tentang elektronik industri terutama sekali dalam teori dan amali peralatan elektronik industri yang digunakan secara meluas di dalam sektor industri dalam menyediakan tenaga mahir dalam bidang elektronik. Boleh melakukan kerja tanpa pengawasan secara individu atau berkumpulan dalam semua aspek termasuk membaik pulih semua peralatan elektrik dan elektronik dalam industri mahupun domestik. Sesuai untuk individu yang berminat dalam bidang teknikal dan berfikiran luas. Menjadikan seorang juruteknik tersebut bukan sahaja tahu membaiki malahan boleh bekerja dan mampu mengarah kumpulan dalam sesebuah organisasi.