Kursus TVET
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA PENGAJARAN TVET

P853-002-4:2021

Pengenalan Kursus

Tempoh pelaksanaan kursus ini adalah selama 9 bulan menggunapakai NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) sebagai garis panduan asas. Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (Metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta. Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon adalah :
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Had umur pemohon adalah :

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 35


Dan

3. PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
3.1 Mempunyai sekurang- kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3); atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM); atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam bidang NOSS yang berkaitan.
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas

Dan

4. PERSIJILAN SPM
4.1 Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah (bagi calon SPM Tahun 2013 dan ke atas) ** **Calon yang tiada kelayakan SPM perlu menduduki Ujian Penilaian Khas yang dikendalikan oleh CIAST.
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib E Aktif
1249 SEJARAH Wajib E Aktif

Tempoh Pengajian
9 Bulan

Prospek Kerjaya
Melahirkan tenaga pengajar di dalam memperkukuhkan profesionalisme TVET bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara.
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KAMPUS SATELIT CIAST ILP KEPALA BATAS
Alamat
LOT 2022, JALAN POKOK JENERIH, 13200 KEPALA BATAS PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
SARIZAN BIN SAAIDON
Telefon
04-5760586
Emel
sarizan@ciast.gov.my
Laman Web
https://www.ciast.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
i. Elaun sara diri dan;
ii. Asrama disediakan;
iii. Makan minum disediakan.

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN. PERMOHONAN KEMASUKAN HANYA MELALUI PORTAL https://mohon.tvet.gov.my