SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN (JAHITAN PAKAIAN LELAKI)
SPL 03
Pengenalan Kursus
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian lelaki terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.
Penekanan diberikan kepada cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian, rekaan baju serta pelbagai jenis jahitan pakaian lelaki. Kursus ini mampu memberi pendedahan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri.
Pembelajaran berdasarkan NOSS CoCU (JPK) dan Pelajar akan mendapat Sijil Kemahiran Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Menjadi tukang jahit di butik jahitan.
Penyelia di kilang-kilang menjahit pakaian.
Usahawan dalam jahitan.
Membuka akademi / kelas jahitan persendirian.
Menjadi pembekal pakaian seragam atau sekolah.
Tenaga pengajar
Butiran Penyedia Latihan TVET
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
Lain-lain Maklumat
Elaun disediakan
Penginapan asrama disediakan
Tenaga pengajar yang berkelayakan
Peralatan pembelajaran disediakan