Kursus TVET
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)

E61

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang elektrik dan dijalankan secara usahasama antara MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Kejuruteraan MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera Elektrik(Sistem Voltan Rendah Tanpa Stesen Janakuasa). Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi lukisan kejuruteraan elektrik secara manual dan berkomputer(AutoCAD), kerja-kerja amali gegas dan pendawaian elektrik serta pepasangan elektik satu dan tiga fasa, prinsip operasi dan membaikpulih litar-litar elektrik samada litar analisis mahupun litar digital, memahami perjalanan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik serta memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama, kabel bawah tanah dan talian atas.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Bumiputera/Bumiputera Sabah atau Sarawak
2.1
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan
3.1 LULUS SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya tiga (3) Kepujian mana-mana mata pelajaran berikut : i)Matematik ii) Bahasa Melayu iii) Mana-mana satu mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan mata pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) DAN LULUS Bahasa Inggeris
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib C Aktif
1119 BAHASA INGGERIS Wajib E Aktif
1249 SEJARAH Wajib E Aktif
1449 MATEMATIK Wajib C Aktif
1511 SAINS Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4531 FIZIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4541 KIMIA Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4551 BIOLOGI Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3755 PERDAGANGAN Pilihan Lain-lain C Aktif
1223 PENDIDIKAN ISLAM Pilihan Lain-lain C Aktif
2611 PENDIDIKAN SENI VISUAL Pilihan Lain-lain C Aktif
2280 GEOGRAFI Pilihan Lain-lain C Aktif
3759 LUKISAN KEJURUTERAAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3756 PRINSIP PERAKAUNAN Pilihan Lain-lain C Aktif
3771 GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3763 REKA CIPTA Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7104 PENDAWAIAN DOMESTIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3770 SAINS KOMPUTER Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7108 MENSERVIS PERALATAN PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7109 MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7407 REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
4561 SAINS TAMBAHAN Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
7107 MENSERVIS MOTOSIKAL Pilihan Sains & Teknikal C Aktif
3768 ASAS KELESTARIAN Pilihan Lain-lain C Aktif
8827 MENSERVIS & MEMBAIKI KENDERAAN Pilihan Terbuka C Aktif
8820 TEKNOLOGI ELEKTRONIK Pilihan Terbuka C Aktif
3764 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN Pilihan Terbuka C Aktif
8817 TEKNOLOGI ELEKTRIK Pilihan Terbuka C Aktif
8332 KIMPALAN GAS Pilihan Terbuka C Aktif
8818 PEMASANGAN & KAWALAN ELEKTRIK Pilihan Terbuka C Aktif
8814 TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN Pilihan Terbuka C Aktif

Bil. Subjek Pilihan Kategori Sains & Teknikal Diperlukan : 1
(Kelayakan minimum C)

Bil. Subjek Pilihan Kategori Terbuka Diperlukan : 1
(Kelayakan minimum C)


Atau

3.2 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa [EE-320-3:2012] Atau

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik & LED [EE-322-3:2013]


Atau

3.3 LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya C (NGMP 2.0)dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
900 Pengajian Am Pilihan C
910 Bahasa Melayu Pilihan C
930 Syariah Pilihan C
940 Sejarah Pilihan C
942 Geografi Pilihan C
944 Ekonomi Pilihan C
946 Pengajian Perniagaan Pilihan C
954 Mathematics (T) Pilihan C
931 Usuludin Pilihan C

Dan

4. Umur
4.1 Umur mestilah sekurang-kurangnya 17 tahun sehingga 45 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
36 Bulan

Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera, Penjaga Jentera, Kontraktor, Penolong Teknikal, Juruteknik dan Penyelia, Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS
Alamat
LUBOK JONG, 17000 PASIR MAS, KELANTAN
Negeri
KELANTAN
Penyelaras
LESA SURYANTEY BINTI JUSOH
Telefon
09-7917558
Emel
supardi.amaludin@mara.gov.my
Laman Web
http://pasirmas.kktm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) Dengan Kepujian (UTHM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) (Elektrik) (UniKL BMI)
Bachelor of Engineering (Electrical and Electronic) (University of South Australia)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA