Kursus TVET
DIPLOMA LANJUTAN PENGAJAR VOKASIONAL (DLPV) -TEKNOLOGI PENGELUARAN

K01011

Pengenalan Kursus

Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 2 tahun 5 bulan iaitu merangkumi kelas pembelajaran Subjek Teras (Tahap 5), Projek Akhir dan Latihan Industri (LI) selama 1 tahun 8 bulan. Manakala, Kursus Pengajaran TVET adalah selama 9 bulan merangkumi Metodologi Vokasional selama 3 bulan dan Latihan Internship selama 6 bulan.

Graduan akan dianugerahkan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 4 dalam bidang berkaitan dan DIPLOMA PENGAJARAN TVET (TVET I) TAHAP 4 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf

Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon adalah :
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Had umur calon adalah :

Umur Minimum : 19
Umur Maksimum : 33


Dan

3. PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
3.1 Mempunyai Kelayakan SKM/DKM/DLKM bidang berikut:-

Koordinasi Pembuatan (CAD/CAM) [MC-050-4:2012] Atau

Eksekutif Pembuatan (CAD/CAM) [MC-050-4] Atau

Penolong Jurutera Pembuatan CAD / CAM [H-050-4]


Dan

4. PERSIJILAN AKADEMIK
4.1 Lulus dalam SPM dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah (bagi calon SPM Tahun 2013 dan ke atas).
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Wajib E Aktif
1249 SEJARAH Wajib E Aktif

Atau

4.2 Lulus dalam SVM dengan lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah.

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Dari Kolej Vokasional (KV)
Minimum CGPA : 0


Tempoh Pengajian
29 Bulan

Prospek Kerjaya
Melahirkan tenaga pengajar dan pekerja mahir di dalam memperkukuhkan profesionalisme TVET bagi memenuhi keperluan institusi latihan kemahiran negara.
Menyumbang kepada Personel SPKM di dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Membuka peluang dan landasan bagi peningkatan Penyedia Latihan baharu di dalam memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)
Alamat
JALAN PETANI 19/1, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZURAINI BINTI ISMAIL
Telefon
0355438200
Emel
pengambilan@ciast.gov.my
Laman Web
www.ciast.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
i. Elaun sara diri dan;
ii. Asrama disediakan;
iii. Makan minum disediakan.

PIHAK CIAST TIDAK PERNAH MELANTIK MANA-MANA AGEN ATAU PIHAK KETIGA SEBAGAI WAKIL UNTUK BERURUSAN BERKENAAN KEMASUKAN. PERMOHONAN KEMASUKAN HANYA MELALUI PORTAL https://mohon.tvet.gov.my